Keberkahan Bersahur

Saturday, August 14, 2010


Bersahur adalah merupakan salah satu amalan sunat yang sangat digalakkan dan tidak sepatutnya ditinggalkan oleh setiap muslim kerana amalan ini mengandungi banyak kebaikan. Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban yang bermaksud: "Bersahurlah kamu, kerana dalam bersahur itu ada keberkahannya". Antara kebaikan bersahur itu ialah seperti berikut:
1- Amalan bersahur dapat memberi kekuatan kepada orang yang berpuasa pada siang hari nanti.
2- Bersahur akan mendapat pahala kerana ia adalah ibadat sunat dan menjadi sunnah Rasulullah s.a.w.
3- Amalan bersahur juga yang membezakan puasa Muslim daripada puasa dalam agama lain seperti Yahudi.
4- Amalan bersahur juga akan memberi peluang kepada para muslim untuk bangun beribadah kepada Allah s.wt pada malam hari khususnya 2/3 malam.

0 comments:

Post a Comment

Followers

 
 
 
 
Copyright © Tazkirah